Wednesday 12 November 2014

ANNUAL GRAND MEETING KELAB SINERGI LESTARI YANG PERTAMA

| SINLEST | SEL |SESI SEPTEMBER 2014/2015|


Pada 27 September 2014, bertempat di Dewan Kuliah 2, Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli, buat julung kalinya telah berlangsung Annual Grand Meeting Kelab Sinergi Lestari yang pertama. Majlis ini bersempena dengan penyerahan tampuk kepimpinan sesi 2013/1024 kepada sesi yang baharu 2014/2015, secara rasmi.

Buat makluman, sebelum berlakunya pemilihan tampuk kepimpinan yang baharu, terlebih dahulu telah dijalankan "Temuduga MT Baharu". Seramai 30 orang pelajar tahun 1 program Sains Kelestarian telah disenarai pendek hasil daripada undian ramai. Objektif temuduga tersebut adalah untuk menilai dengan lebih halus akan kredibiliti dan kesungguhan mahasiswa/i untuk memegang sebarang jawatan di dalam organisasi kelab, dan bukan sekadar popular melalui undian sahaja.

Hasil daripada temuduga tersebut, dariapada 30 orang mahasiswa/i, seramai 13 orang telah berjaya melepasi sesi temuduga yang penuh mencabar minda dan keyakinan diri. Penemuduga-penemuduga adalah terdiri daripada MT sesi 2013/2014 dan pensyarah program, Puan Syazrah bt Mohd Razi, sebagai pengadil jemputan.





MAJLIS TERTINGGI KELAB SINERGI LESTARI SESI 2014/2015

Pengerusi :


Timbalan Pengerusi 1 :


Timbalan Pengerusi 2 :


Setiausaha :


Bendahari :


Exco Protokol :


Exco Tajaan :


Exco Hubungan Luar :


Exco Kebajikan :


Exco Logistik :


Exco Publisiti & Multimedia :


Exco Editorial :


Exco Tugas-tugas Khas :




No comments:

Post a Comment