Monday 2 June 2014

ECO CAMPUS UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

| SINLEST | SEL | SESI SEPTEMBER 2013/2014 |

| KEMPEN ECO CAMPUS UMK "REDUCE,REUSE,RECYCLE" (SEPT 2013 - OGOS 2014) |


ECO CAMPUS UMK


Pengenalan Eco Campus


Pelaksanaan Kempen "ECO-Campus" atau "Green Campus" menjadi agenda utama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang mendapat kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS). Usaha mweujudkan persekitaran hijau bagi tujuan memulihara dan melestarikan alam sekitar, meliputi pelaksanaan penjimatan tenaga, penggunaan ruang sepenuhnya dan merealisasikan orientasi bangunan. Program "ECO-Campus" ini dijalankan selama setahun bermula September 2013 sehingga Ogos 2014.

Program ini amat bertepatan dengan perkembangan dan perubahan gaya hidup  moden masyarakat Malaysia dan sebagai usaha untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat umum mengenai konsep "ECO-Campus". Ia sebenarnya bertujuan untuk menjadikan persekitaran universiti sebagai pusat yang bukan sahaja menitikberatkan bidang keilmuan semata-mata tetapi juga  turut bertanggungjawab dalam memupuk persekitaran hijau, selesa dan nyaman.

Usaha ini memerlukan pelaksanaan pelan tindakan jangka panjnag yang menyeluruh ke arah menjadikan kampus UMK sebagai kampus yang mesra alam.

Pelaksanaan program-program kempen "ECO-Campus"

[ Penggunaan "Siya" (Mangkuk tingkat) ]

UMK mengambil langkah pertama dengan memperkenalkan penggunaan siya iaitu mangkuk tingkat untuk menggantikan penggunaan beg plastik dan polisterina yang mana dua medium ini merupakan salah satu penyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Plastik mempunyai jangka hayat lebih kurang 500 tahun untuk lupus secara semulajadi akan membebaskan gas karbon dioksida dan gas-gas lain yang menyumbang kepada kesan rumah hijau dan seterusnya memberi kesan buruk kepada ekosistem alam.

[ Membudaya alam kitar semula ]

Amalan kitar semula telah lama dipraktikkan di negara kita tetapi kurang mendapat sambutan daripada masyarakat. Melalui kempen ini, warga kampus akan didedahkan mengenai kepentingan menjaga alam sekitar berdasarkan konsep kitar semula bahan terpakai.

[ Kempen Mesra Berbasikal ]

Bertujuan mengurangkan penggunaan pengangkutan bermotor di dalam kawasan kampus.
Bahan pencemar utama yang terdapat dalam asap kenderaan bermotor adalah seperti karbon monoksida, nitrogen oksida, sulfur, dan partikel debu.

Oleh yang demikian, untuk mengurangkan pelepasan asap yang berbahaya ini, pihak UMK mempromosikan basikal sebagai salah satu jenis pengangkutan alternatif yang mesra alam secara besar-besaran dengan melancarkan kempen penggunaan basikal bermula dengan majlis penyerahan sebanyak 150 buah basikal kepada pelajar di setiap kampus UMK di Jeli, Bachok dan Pengkalan Chepa.

[ Penubuhan Kelab Rakan Eco ]

Kelab ini menjadi pengantara dalam memberikan kesedaran alam sekitar kepada komuniti dan warga kampus agar mereka turut serta bertindak mengambil bahagian dalam kempen ini.

PROGRAM-PROGRAM LAIN YANG BAKAL DIJALANKAN SEMPENA KEMPEN ECO-CAMPUS

Penanaman 4000 anak pokok Depu atau Gaharu di Agropark UMK Kampus Jeli
 Penyelidikan berasaskan eco/kesedaran
 Aktiviti Community Social Responsibility (CRS) melibatkan komuniti setempat
 Rekacipta daripada barangan terbuang
Pertandingan melukis poster peringkat university bertemakan alam sekitar





No comments:

Post a Comment