Wednesday 28 May 2014

EARTH WEEK & EARTH HOUR UMK KAMPUS JELI

| SINLEST | SEL | SESI SEPTEMBER 2013/2014 |


 EARTH WEEK & EARTH HOUR

EARTH WEEK & EARTH HOUR
UMK KAMPUS JELI
2014
Program 'Earth Week & Earth Hour' merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh pelajar daripada Program Sains Gunaan ( Sains Kelestarian ) UMK Kampus Jeli di bawah Kelab Sinergi Lestari (SINLEST). Program ini melibatkan dan menggalakkan semua pelajar Univeristi Malaysia Kelantan Kampus Jeli untuk bersama-sama menjayakannya.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyedarkan mahasiswa tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan isu pemanasan global yang semakin hebat diperkatakan kini. Program ini juga bertujuan membuka mata para mahasiswa/i khususnya mengenai kesan perubahan iklim yang berlaku disekitar mereka yang sememangnya memberi impak negatif dalam kehidupan seharian mereka.


1.0    OBJEKTIF

  • Memupuk kesedaran terhadap alam sekitar dan isu pemanasan global dalam diri mahasiswa
  • Mengurangkan penggunaan elektrik secara tidak langsung mengurangkan pembebasan karbon dioksida
  • Memberi kesedaran kepada mahasiswa tentang kesan perubahan iklim
  • Melatih mahasiswa meminimumkan penggunaan tenaga elektrik dalam kehidupan seharian mereka
  • Meningkatkan sahsiah diri mahasiswa melalui penganjuran program ini  

2.0    IMPLIKASI

2.1   PESERTA
                          I.  Sebagai satu langkah untuk para pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sayangi bumi.
                         II.  Menggalakkan para peserta untuk berjimat-cermat dalam penggunaan sumber tenaga demi menjaga kepentingan mereka dalam kehidupan seharian dan juga generasi pada masa akan datang.

2.2  URUSETIA
                          I.  Berupaya untuk menyemai sikap prihatin, bekerjasama dan memberi pendedahan mengenai keadaan bumi pada masa kini  kepada para pelajar.





No comments:

Post a Comment