Saturday, 15 November 2014

BENGKEL PEMANTAPAN STRATEGIK KELAB/PERSATUAN 2014



Pada 6-8 November 2014, telah diadakan "Bengkel Pemantapan Strategik Kelab/Persatuan 2014" yang bertempat di Home Beach Village Resort, Pantai Cahaya Bulan. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh lebih 20  kelab/persatuan daripada Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli, dan 5 kelab/persatuan daripada Kampus Bachok. Bengkel ini telah ditaja sepenuhnya oleh HEPA Universiti Malaysia Kelantan.

Kelab Sinergi Lestari telah mewakilkan Bendahari kelab, Siti Nor Aishah bt Mohd Salleh dan Exco Protokol, Rosdayana bt Mohamad@Muda untuk menghadiri bengkel tersebut sebagai duta kecil kelab. Mereka juga turut mempromosikan Kelab Sinergi Lestari (menerangkan apa itu Sinergi Lestari) kepada kelab-kelab lain.

Objektif bengkel tersebut adalah untuk memantapkan lagi perjalanan aktiviti kelab, disamping membuat anggaran belanjawan mengikut bajet setiap program dan aktiviti. Antara aktiviti yang dijalankan selama dua hari berkampung di sana ialah:

1. Taklimat proses kewangan oleh Encik Pauzi bin Pakchu.

2. Ceramah motivasi kepimpinan oleh Dato' Muhammad Faizal bin Daud, Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK).

3. Taklimat pengurusan organisasi dan penyediaan kertas kerja oleh Encik Mohd Khir Amin,   
penolong pendaftar pelajar UMK Kampus Bachok.

4. Sesi penyediaan laporan program sesi 2013/2014 dan 2014/2015.

5. Sesi dialog bersama Timbalan Naib Counselor HEPA, Prof. Dr Abd Aziz bin Abd Latif.

6. Pembentangan perancangan program kelab sesi 2014/2015.





No comments:

Post a Comment