| SINLEST | SEL |SESI SEPTEMBER 2013/2014 |
| LATAR BELAKANG KELAB |
Kelab ini
ditubuhkan agar dapat memberikan kemudahan kepada pelajar kursus Sains
Kelestarian dalam konteks memahami dan mempraktikan kesedaran mengenai
kelestarian melalui projek-projek dan amalan harian yang relevan dalam
melestarikan alam sekitar di kampus dan juga dalam komuniti setempat.
Kelab ini
juga dapat membantu memperkenalkan Kursus Sains Gunaan (Sains Kelestarian) ini
kepada badan-badan kerjaan dan bukan kerajaan (NGO), secara tidak langsung ia
turut mengharumkan nama UMK di peringkat nasional dan antarabangsa.
Kelab yang
berteraskan paksi Kursus Kelestarian ini berkecimpung dalam pengkajian hutan,
sumber air, pembanguna lestari, kejuruteraan lestari dan kelestarian kepimpinan
yang akan membantu pelajar secara praktikal dan telus.
OBJEKTIF
Tujuan
Kelab SINLEST ini ditubuhkan adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran lestari
dan menjalankan projek-projek kelestarian serta mempraktikan sifat dan sikap
kelestarian kepada komuniti di dalam kampus dan luar kampus.
MOTO KELAB
"Kelestarian melangkau sempadan"
TARIKH PENUBUHAN KELAB
10 SEPTEMBER 2013
VISI
Menjadi kelab yang menerajui pegangan kelestarian alam dan kehidupan
MISI
- Memastikan segala gerak kerja yang dilaksanakan adalah dalam aspek lestari.
- Memastikan kelestarian alam untuk masa hadapan.
- Menerapkan pegangan utuh "kelestarian" dalam kalangan masyarakat, komuniti, negara dan seluruh warga Bumi.
No comments:
Post a Comment