Sunday 2 March 2014

NO PLASTIC CAMPAIGN 2013


| SINLEST | SEL |SESI SEPTEMBER 2013/2014|


| Environmental Friendly Container Jumbo Sales | 
29 September 2013 | UMK Kampus Jeli |



PENGENALAN

Di bawah aktiviti NO PLASTIC CAMPAIGN, suatu program yang dinamakan “Environmental Friendly Container Jumbo Sales” telahpun dijalankan pada 29 September 2013, merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh Kelab SINLEST dalam usaha mewujudkan “Eco Friendly Campus” di UMK Kampus Jeli.

Program ini adalah sebagai langkah kesinambungan bagi program-program sebelum ini untuk mengurangkan penggunaan plastik dalam kalangan warga UMK Kampus Jeli. Program ini juga semestinya dapat membantu warga kampus mengurangkan penggunaan  beg plastik dalam kehidupan seharian mereka. Dalam usaha ini, penggunaan beg plastik digantikan dengan penggunaan beg kain. Secara tidak langsung, program ini dapat membantu dalam mengurangkan penghasilan sampah yang dikeluarkan oleh warga UMK sendiri.

 Seterusnya, program ini dapat memupuk kesedaran dan rasa tanggungjawab setiap warga kampus sebagai pengguna  terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar.  Disamping itu dapat membina semangat berkerjasama dalam kalangan warga kampus untuk menwujudkan “Eco Friendly Campus” di UMK Kampus Jeli. 


OBJEKTIF

  1. Mengurangkan penggunaan beg plastik dalam kalangan pelajar dan warga UMK Kampus Jeli;
  2. Memberi kesedaran tentang penggunaan bahan bukan plastik sebagai alternatif dalam kehidupan seharian;
  3. Memupuk sifat mesra alam dan sayangkan bumi dalam kalangan warga kampus;
  4. Menjadikan Kampus Jeli sebagai kampus contoh kepada kampus-kampus UMK yang lain khususnya dan universiti lain secara amnya dalam memupuk sifat mesra alam;
  5. Melibatkan warga kampus dalam aktiviti penjagaan alam sekitar;
  6. Meningkatkan keprihatinan warga kampus agar menjadikan keindahan persekitaran sebagai suatu cara hidup yang lestari.
  7. Mengurangkan penghasilan sampah daripada beg plastik.


*Sebahagian gambar sepanjang program "Environmental Friendly Container Jumbo Sales"*











JAWATANKUASA PROGRAM 
"Environmental Friendly Container Jumbo Sales"

PENASIHAT
DR HJ. MOHD YUNUS BIN ZAKARIA
PN. NORASHIKIN BINTI MOHD FAUZI

PENGERUSI SINLEST
MUHAMMAD SAFIUDDIN BIN ROSLI

TIMBALAN PENGERUSI
KASTHURI REDI A/P SATHERAMAN

PENGARAH  PROGRAM
MUHAMMAD ZHARIF BIN JASNI

PENOLONG PENGARAH PROGRAM
MUHAMMAD ZAHIN BIN SHAHIDAN

SETIAUSAHA
SITI FATIMAH BINTI ABD KARIM

BENDAHARI
AUFA AQILAH BINTI AYOB

AJK KOMUNIKASI
NURUL IZATUL AFIFAH BINTI MOHD NOOR
NUR HIDAYAH BINTI ABDUL RAHMAN

AJK PUBLISITI
NURUL IZZATI BINTI MAT SAPAR
NOR ANIZA BINTI IBHARIM
NUR KHAIRUN NISA' BINTI ZUNAIDI

AJK INFRA
NUR AZMEERA SYUHADA BINTI JAMIL
SITI MARIAM BINTI AZMI
MOHAMAD MUSTAQIM BIN MOHAMAD AZAM
MOHAMAD SABRI BIN ABDUL LATIF
MUHAMMAD YUSRIZAL AFIQ BIN MUHAMMAD YUSRI
NAJAA SYUHADA BINTI MOHAMAD THANI

No comments:

Post a Comment